CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 31, 2010

Larangan Solat TANPA SUTRAH



LARANGAN SOLAT TANPA SUTRAH(PEMBATAS)

Bismillahirrahmannirrahim…

Pada petang ni,ana nk berkongsi mngenai apa tu SUTRAH?? Mungkin bg sebilangan kecil yg memahami sunnah mengetahui betapa penting nya sutrah ini.Dan bg yg kurang biasa dgn apa itu sutrah, bole mngetahui lebih lanjut selepas ini dan bole d amalkan…Sebagai muslim sudah mnjadi tanggungjawab kita menghidupkan kembali sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wassalam di mana keadaan dunia akhir zaman ni..nauzubillah..bersama la kita berbalik pada KITAB ALLAH & SUNNAH JUNJUNGAN KITA…tu la wasiat terakhir dr junjungan,kita pasti tidak akan tersesat jika berpegang kepada 2 perkara itu.

Diriwayatkn dr Abdullah bin Umar radhiallahuanhu ia berkata Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda : “Janganlah solat kecuali mghadap sutrah,janganlah biarkan orang lain lewat di hadapanmu. JIka dia tetap bersikap keras,maka lawanlah,sesungguhnya dia adalah syaitan”
Maksud kandungan hadith di atas adalah :

1.       * Wajib hukumnya solat mghadap sutrah(pembatas yg diletakkan d depan org yg solat), kerana Rasulullah shallallahu alaihi wassalam telah memerintahkannya & sentiasa meletakkn sutrah setiap kali hendak solat. Beliau juga melarang solat tanpa sutrah. Semua itu mnguatkn hukum wajibnya sutrah.

2.      * Sesuatu baru d anggap sah sutrah itu bila tgginya seperti kayu dihujung pelana kuda,tiang dinding,pohon,tempat tidur dan bileh juga mnjadikan orang yang duduk d depannya sebagai sutrah.

3.   * Orang yang solat tdk bole mmbiarkan sesuatu lewat di antara dirinya dan sutrah. Jika yang lewat itu adalah seorang lelaki,maka hendaklah ia tahan, jika bersikap keras hendaklah ia menolaknya, jika masih berkeras juga, maka hendaklah melawannya spt yg disebut dlm hadith Abu Sa’id & Abdullah bin Umar radhiallahuanhu. JIka yg lewat itu adalah haiwan, maka hendaklah ia maju ke depan sehingga haiwan itu lewat d belakangnya. Spt yg disebutkan dlm hadith Abdullah bin Abbas radhiallahuanhu,ia menceritakan  “bahawa ketika Rasulullah shallallahu alaihi wassalam solat,seekor kambing hndak lewat d depan beliau, lalu beliau mndahuluinya kea rah kiblat hgga beliau merapatkan tubuh beliau ke dinding arah kiblat”

InsyaAllah ana will continued apakah hukum melewati di hadapan orang yg sedang solat for nex entry..

Rujukan : Ensiklopedia Larangan Menurut Al Quran dan As Sunnah
Pustaka Imam As-Syafie
Bab Aqidah,Ilmu,Manhaj dan Fiqh

3 comments:

caliph shuriken said...

nice en3..
thanks 4 sharing ^^

azhar said...

info yg bermanfaat....trima kasih

ku iNsaN bIasa said...

sama2 smua