CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Wednesday, October 19, 2011

Bersabar lah...kerna ia kemanisan dlm ujian

Bersabarlah dlm menghadapi ujian Allah,menuturkan mmg mudah untuk mngaplikasikannya...tidak semudah yang dituturkn..Marilah kita mencari kemanisan dlm setiap ujian yang diturunkn olehNya. Kita seharusnya bersyukur kerna dgn ujianNya ,kita belaja untuk mnjadi seorang yang tabah..

Sesekali ingatan kepada peristiwa lepas menyapa di benak. Seringkali jua diri ini menepis sapaannya. Mungkin kerana sukar untuk menerima sebuah hakikat kebenaran. Dikhianati…tercalar nilai kepercayaan pada sebuah persahabatan. Namun Tuhan Maha Mengetahui, apa yg terbaik buat hambaNya…mungkin jua kerana itu Dia terus-menerus mengingatkan memori silam yg pedih dan pahit itu. Tujuannya hanya satu…berfikir!

Seketika diri ini termangu, merenung maksud tersirat di balik yg tersurat… Apakah ia sekadar mengingatkanku agar jangan mudah mempercayai orang lain? Itu ada benarnya, tapi bukan keseluruhannya. Bila tak berhasil menemui jawapannya, maka ia dibiarkan berlalu begitu sahaja. Mungkin sekadar perasaan pada sebuah lamunan yg tak berkesudahan.

Dalam tak sedar,bayangan itu masih menyinggah…menarik diri, hati dan fikiran ini untuk mencari rahsia yg tersembunyi…hikmah yg terselindung. Pasti ada mesej yg ingin disampaikan.

Pada-MU ya Allah ku adukan segala…

Merintih,merayu,mengharap belas kasih-Nya.

Agar ditunjukkan jalan kebenaran dan keselamatan.

Agar dugaan ini berjaya diharungi.Kerana menjadi mukmin bertaqwa itu matlamat hidupku,Menempa Syurga abadi itu cita-citaku.Berikanlah aku petunjuk Ya Allah,

Agar jalanku terang disuluh cahaya melalui lorong berliku ini.

Peliharalah daku Ya Muhaimin,Agar langkahku terhindar dari dosa dan noda.Tatkala hal yg sama diungkit lagi oleh pihak lain, diri kembali terpaku lantaran mata dan hati jauh mengimbau… mengapa setiap kali dibicarakan,hati ini akan sakit? Bukan sakit yg biasa,tapi sakit kerana pedihnya hati menanggung beban.Bagaimana dapatku hapuskan beban ini Ya Tuhan?

Ya Allah, apakah aku ada menyimpan hasad atau dendam di balik kisah ini? Ya ‘Aziz, seandainya ikhlas itu adalah syaratnya, maka kini aku ikhlaskan seluruh jiwa ragaku menerima cubaan ini.

Ya Rahman, jika redha itu adalah jawapanya,maka bersaksilah bahawa kini aku berlapang dada menerima takdirMu… cukuplah sakit ini mendera hati dan perasaanku… jangan biarkan ia berlarutan, sebaliknya balutilah ia dengan keampunanMu.

Agar terubat luka semalam dengan sentuhan kasih dan sayang-Mu.

Pernah hati ini terguris,Dengan fitnah dan tohmahan menghiris,Sehingga terasa diri ini hina Kerana tiada siapa yang sudi membela,Kutabahkan hatiku harungi hidup,Biarpun tiada siapa yang menemani,Keseorangan aku di lautan sepi,Ditinggalkan mereka yang aku percayai

 
Namun ku tahu ada hikmahnya,Setiap segala yang menimpa diri,Kuserahkan segala padaMu Allah

Yang Berkuasa jua Mencipta Kerana engkau Maha Mengetahui Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi,Menahan dugaan yang mencabar ini,Terasa bagai noktah telah kutemui,Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku,Bekalkanlah daku dengan limpahan iman,Agar tabahku menghadapi dugaan,Agar tidakku terhenti di pertengahan,Kini di sini aku berdiri

Bersama harapan yang tulus suci,Agar terbitlah kembali mentari pagi,Setelah malamku berkalut benci

Syukurlah, kini segalanya telah kembali pulih… tiada lagi kesakitan, tiada lagi kebencian, yg ada cuma harapan pada sebuah kehidupan.

Moga di akhirnya hasanah yg diperoleh. Mungkin ini rahmatNya. Dalam ujian yg kecil, Dia ajarkan banyak perkara…. Di sinilah aku mempelajari erti sabar, ikhlas, redha dan lain-lain. Namun apa yg paling berharga adalah nilaian terindah dalam membina hubungan dengan Tuhan. Mudah-mudahan sentiasa dalam rahmat dan redha-Nya…

Hakikatnya, pengalaman lalu bukanlah untuk diri hilang percaya pada yang lain tetapi mengajar erti kasih sayang sesama insan. Perlu memahami dan menghormati hak sesama manusia. Tak dinafikan lagi, tarbiyah Allah sangat dalam maksudnya, halus penyampaiannya tetapi indah perasaannya. Moga kita dikurniakan hikmah agar mampu menyingkap siratan makna disebalik setiap suratan ujian.
Wallahua’alam....

Sebuah renungan untukku,untukmu,untuk kita semua.

0 comments: