CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 12, 2010

"HOLY WATER" Versi Orang Melayu

Think

Assalamualaikum semua….Lama rasanya ana tidak mengupdate blog ni..disebabkan ana tidak sihat dan perlu berkursus di luar..Alhamdulillah pada mala mini,ana masih diberi kesempatan untuk menulis lagi mengenai akidah umat Islam pada hari ini yang antara kita sedar atau tidak sedar.

Untuk di fikir dan renungan bersama.Semoga Allah member pemahaman yang jelas kepada kita semua..InsyaAllah..

Kalau suatu ketika @ mungkin sehingga masa ini,nama Holy Water (air keramat) mmg cukup terkenal sbgai air sihir yg dkatakn dhasilkn oleh golongan paderi dr kalangan penganut kristian.Sebahagian msyarakt Islam khususnya dr kalangan org melayu pernah mngmbar gemburkn isu air tersebut yg dkatakn memiliki kuasa tertentu yg mampu menjadikn penganut Islam yg meminumnya murtad dgn serta merta akibat dr melupai Allah,gagal mmbaca syahadah dan lantas membenci agama asalnya. Tetapi sebaliknya akan terus berminat kpd agama kristian dan mnganutinya.

Nah! Betapa hebatnya air holy water! Namun sayangnya fakta2 tersebut telah disangkal oleh paar paderi kristian sekaligus menafikan kewujudan air sihir yg bersifat spti itu.Seandainya ia benar sekalipun,ia tidak akan mampu memudaratkn umat Islam krn Allah telah berfirman :

”Dan mereka itu (ahli sihir)tidak mmberi mudarat dengan sihirnya kpd sesiapapun kecuali dengan izin Allah” (Surah Al-Baqarah 2:102)”

Secara logiknya sekiranya Holy Water tersebut benar2 wujud sebagaimana dkata yg memiliki kuasa sihir untuk mempengaruhi manusia memeluk kristian,sudah tentu tidak aka nada orang kristian yang akan masuk Islam.tetapi itulah hakikatnya dimana puluhan ribu manusia penganut kristian boleh memeluk Islam dengan sukarela dengan saban waktu. Sehgga paderi2 mereka pun mndapat hidayah memeluk Islam dan kini giat mnjadi pendakwah yang mgajak orang lain menganut Islam.

Setelah kewujudan air holy water kristian mnjadi reda,air Holy water buatan org melayu masih belum reda malah semakin mnyubur sehingga ke masa ini.

Holy Water milik masyarakat melayu ini dikatakan mmpu mnjadikan seseorang itu yang asalnya malas mnjadi rajin,si bodoh boleh mnjadi bijak,org yg gelap hatinya akan mnjadi ulama,org yg selalu gagal boleh mnjadi manusia bejaya,org yg bujang bole segera bertemu jodoh malah bole mnjadikan seseorang saket tenat kembali sihat. Sehingga terdapat Holy Water dgn ramuan2 yg tertentu mmpu membantu mngubati sehgga pnyakit jantung dan buah pggang yg kronik.

Begitulah keajaiban Holy Water versi melayu.Ia bukanlah suatu yg ditakuti sebagaimana kewujudan Holy water versi kristian tetapi air keramat versi melayu ini adalah air yang mnjdi buruan msyrkt yg benar2 belum mengerti yg mngejar keajaiban segera.Mereka sebenarnya mnjadi mangsa GOLONGAN AGAMAWaN YG MEROSAKKAN!

Malah kini ia bukan setakat air ttpi produk dpeluaskan ke dalam bentuk spti melalui Kismis keramat,Madu Keramat dan seumpamanya.Produk2 ini memiliki nilai komersil yg begitu hebat sekali.

Akhirnya cara menghasilkn air2 keramat dan produk keramat kian terbongkar! Caranya amat mudah iaitu hanya memanggil mana2 org berpangkat tok2 @ ustaz2 supaya membacakan doa2 tertentu @ jampi2 tertentu dgn mana2 ayt suci Al Quran @ kebiasaanya Surah Yasin pd produk2 tersebut.

Setelah dbacakan ,maka dbngkuskan utk dpasarkn kpd para pengguna @ pembeli yg mgkehendakinya.Malah ada juga produk seperti madu asli yg khas dbacakn juzuk 30 Al Quran oleh tahfiz tertentu bagi mnjadikan madu tsebut lebih power berbanding madu asli yg lainnya.Malah dgn bacaan tersbut memiliki kuasa terapi dan daya penyembuhan yg lebih dasyat.Sehingga mampu mmberikan keajaiban segera kepada para peminumnya.
 
Namun tdk pula kita temui daya tambah yg seperti itu melalui kalam Rasulullah..wallahu alam.Meminum madu itu sememangnya anjuran sunnah,sayangnya Rasulullah shallahualaihi wassalam memerintahkn @ menunjukkan kaedah nilai tambah sebagaimana yg tsebut.

Sehinggakan saya sendiri pernah melihat ada sebahagian majlis2 bacaan yasin dan majlis tahlil yg myediakan air dalam jumlah2 tertentu dgn dletakkan pd bekas2 tertentu yg kebiasaanya botol2 besaiz mineral dletakkn pada kedudukan d tgh2 lingkaran majlis diadakan.Lebih menariknya,apabila bacaan dmulakan penutup botol akan d buka dan setelah tamat majlis,penutup botol akan dtutupkan semula,kemudiannya air2 tersebut akn d agihkan dan dminum dgn hasrat akan member keberkatan dan penerang hati kepada si peminumnya.

Malah,selain dr itu air2 sperti itu,kini mnjadi suatu bahan produk yg benar2 memiliki nilai hasil yg tggi dan memiliki permintaan yg begitu tggi d Negara kita.

Begitulah betapa telah meluas produk2 ganjil dan aneh dlm pasaran Negara kita hari ini.Semuanya tdk lain ianya wujud dan mnjadi begitu demand dsbbkan oleh kejahilan sebahagian msyarakat kita terhadap agama.

JIka benar para ustaz dan tok guru tersebut ikhlas mmbntu,apa salahnya sekiranya d jampikan saja air sebnyak d lautan,air sepanjang di sungai,air2 empangan milik jabatan bekalan air selebar tasik2,air telaga dan padi2 yg mguning d sawah2. Cara seperti ini lebih mbbntu,malah hasilnya kelak bakal dterima oleh keseluruhan msyrkt dgn lebih komprehensif dan lebih adil bukan??? Kebaikannya bakal dpt drasai bersama.

Lalu,akan cerdik agama bijak bestari dan sihat2 belakalah seluruh msyarakat kita lantaran berkatnya Holy Water versi Melayu.Akhirnya seluruh Negara akn mndapat manfaatnya.Nescaya akan cemerlang,gemilang terbilang msyarakat kita d Malaysia dgn berkatnya Holy Water versi Melayu.Kelak akan lahirlah bijak pandai Melayu yg bakal menerima anugerah Nobel d peringkat antarabangsa dan apabila dtnya ttg rahsia kejayaan maka jawablah “Saya mgamalkan memakan madu keramat @ air penerang hati @ kismis doa!”

Tidak dinafikn memang wujud hadis2 yg menunjukkan adanya persoalan ruqyah dan jampi.Namun bukanlah sehingga dpeluaskn skopnya kpa semua pesoalan dan malah shgga ianya dkomersilkan.

Perlu untuk kita pahami suatu konsep dgn betul. 

Bahawa Org Jahil Ubatnya adalah dgn menuntut ilmu, org yg gelap hatinya adalah dgn mmpelajari Al Quran dan hadis ,ubtbagi sebuah kegagalan adlah dgn meningkatkan daya usaha dan perancangan ,org yg malas ubtnya adalah dgn motivasi dan galakkan, org yg sakit adalah dgn berjumpa doctor.Jangan putus asa.malah Allah mmberi ruang agar kita sentiasa berdoa memohon kepadaNYA.

“Sesungguhnya Allah tdk mgubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yg ada pada diri mereka sendiri (Surah Ar-Rad 13:11)”

Mungkin ada sebahagian penyakit seperti kerasukan jin @ terkena sihir,bolehlah dia diruqyah dberi rawatan dgn cara terapi jampi berpandukan petunjuk As Sunnah.Iaitu dgn doa2 yg tersabit dr As Sunnah dan dgn membaca ayt suci Al Quran tertentu.Juga mereka yg terkena sengatan lipan gigitan haiwan bias maka mmg ada sunnahnya dalam hal ini.Namun perlulah merujuk dgn kaedah yg benar2 shahih dr petunjuk Nabi Shallallahu alaihi wassalam bukan main hentam kromo mgikut hawa nafsu yg kemudiannya djadikan produk meraih keuntungan.Bukanlah dgn sekadar mmbeli air pelbagai kegunaan cap “tok ustaz” d pasaran lalu dberikan kpd anak2 yg sedang demam,anak yg mahu mgambil peperiksaan,anak2 yg mahu menambah daya hafalan dan sebagainya.

Cara yg tebaik adalah si pesakit mgubati dirinya sendiri bpandukan zikir2 @ doa2 yg dtunjuk ajarkn oleh Rasulullah shallallah hu alaihi wassalam melalui hadis2nya yg shahih.D samping itu,mereka sndirilah yg perlu mengubah cara hidupnya iaitu dgn mmperbaiki amal2nya,mnjauhi syirik(sntiasa memelihara aqidah) dan sntiasa ,mdekatkn diri kpd Allah.Tidak lupa supaya dia sntiiasa mmbaca meneliti serta mgamalkan isi kandungan Al Quran dmana pn dia berada.Jgn shgga mnjadikan rumahnya sperti kuburan yg tdk dbacakan Al Quran.Begitulah indah dan mudahnya mgamalkn Islam.Ia dpraktikan bdasarkn ilmu dan keikhlasan.

Allah berfirman “Sesiapa yg beramal soleh,sama ada dr lelaki atau perempuan dan ia sentiasa d dalam keadaan yang beriman,maka sesungguhnya Kami akan mghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dr apa yg telah mereka kerjakan (Surah An-Nahl 16:97)”

Berdoalah..mintalah kpd Allah dgn istiqomah dan mnjauhi perbuatan2 yg menjurus kpd syirik.Mintalah dgn bersngguh2 tanpa putus asa.Allah itu maha mendengar maha pemurah maha penyanyang maha memperkenankn doa.DIA sentiasa dekat mmberikan pertolongan kpd hamba2 yg beriman.

Allah berfirman “Dan apabila hamba2KU bertnya kpdmu tentang Aku,maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat.Aku memperkenankn permohonan org yg berdoa apabila ia memohon kepadaKU,maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahKU dan hendaklah mereka beriman kepadaKU agar mereka selalu berada dalam kebenaran (Surah Al-Baqarah 2:186)”

Maka dgn ini,tinggalkanlah air2 keramat berupa produk yg boleh mnjadikan kita sebahagian dr pengikut hawa nafsu! Berubahlah dgn menjadi manusia beragama berpandukan ilmu.

0 comments: